Sos Kuah Rojak
Share untuk sos kuah rojak tersedap ni. Senang je resepinya. Lepas ni tak perlu beli dah mahal-mahal.
Bahan-bahan :
- 1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
- 300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
- gula pasir secukupnya jika perlu
- 1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
- 1/2 botol kecil sos cili
- 3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh –
- bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
- 125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)
Cara-cara :
- Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih.
(sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu) - Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul).
- Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
- Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
- Tutupkan api. Biar ia sejuk.
- Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari.
- Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit.