10 Petua Kuruskan Badan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +
10 PETUA KURUSKAN BADAN.

Mudah je petua kuruskan badan ni, yang penting kita harus lakukannya!

1. MINUM MINUMAN TANPA ATAU RENDAH KALORI

Soda dan minuman ringan yang berkarbonat selalunya mempunyai kalori yang tinggi. Begitu juga minuman seperti teh tarik dan kopi susu, yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Kerana ia mengandungi gula atau susu pekat yang tinggi.

Petua kuruskan badan ialah banyakkan minum air putih. Lagipun air putih tak mengandungi kalori dan kita boleh minum sebanyak mana yang kita inginkan, tanpa menambahkan berat badan kita.

2. MAKAN SARAPAN PAGI

Jika kita tak bersarapan pagi, kita berkemungkinan akan makan lebih lagi untuk waktu makan kita yang seterusnya. Metabolisme badan kita juga akan menurun, sekiranya kita membiarkan perut kita kosong untuk jangka waktu yang lama.

Jadi petua kuruskan badan ialah ambil makanan berkhasiat untuk sarapan pagi kita. Ambil makanan yang tinggi bijiran dan serat adalah lebih baik kerana kita perlukan tenaga yang lebih di waktu pagi.

Dan makanan jenis ini akan bantu kita untuk rasa kenyang dengan lebih lama.

3. MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA SETIAP HARI

Petua kuruskan badan dengan minum 6-8 gelas atau 2 liter air putih setiap hari. Ini dapat menghidrasikan tubuh badan kita agar ia dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Jangan tunggu sehingga berasa haus baru kita nak minum air. Ini penting dan juga dapat membantu mengurangkan atau melambatkan perut kita untuk berasa lapar.

4. MAKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR

Ambillah sayur-sayuran dan buah-buahan segar sebanyak mungkin. Ianya kaya dengan serat, nutrisi dan juga rendah kalori.

Selain itu, ia dapat membantu kita rasa kenyang dengan lebih lama kerana serat perlukan masa untuk dicerna dan dihadamkan dalam tubuh badan kita.

5. MAKAN SALAD

Sebagai pemula hidangan makanan utama kita, ambillah salad. Ia akan dapat membantu kita untuk tak makan secara berlebihan, semasa menikmati hidangan makanan utama kita.

Petua kuruskan badan ini juga boleh kita gantikan dengan memakan ulam-ulaman segar.

6. MASAK CARA BAKAR ATAU GRIL

Amalkan hidangan berbakar atau gril. Cara petua kuruskan badan ini mudah disediakan & lebih sihat untuk dinikmati. Dengan memasak hidangan kita secara membakar atau gril, dapat membantu kurangkan kalori dan lemak dalam pemakanan kita.

7. PILIHLAH MAKANAN BERBIJIRAN

Makanlah roti ‘whole-grain’ daripada roti putih kerana ianya adalah lebih sihat dan berkhasiat. Untuk sarapan, kita boleh mengambil cereal bijirin yang kaya serat seperti ‘Kellog’s All-Bran’ atau ‘oatmeal’.

Pilihan makanan bijiran petua kuruskan badan yang lain adalah seperti nasi perang, roti gandum dan biskut whole wheat, adalah pilihan yang baik.

8. SIMPAN STOK MAKANAN SEJUK-BEKU YANG SIHAT

Jika kita tak punya masa untuk memasak makanan sihat kita, simpanlah makanan sejuk-beku yang mudah dan senang untuk kita sediakan.

Petua kuruskan badan adalah dengan memilih makanan sejuk-beku yang mempunyai sekitar 300-350 kalori saja.

9. PILIH MAKANAN YANG BUAT KITA RASA KENYANG LEBIH LAMA

Protein secara semulajadi mengandungi kurang kalori daripada lemak, dan ia dapat membantu kita rasa kenyang lebih lama dari karbohidrat.

Sumber protein petua kuruskan badan yang ideal adalah seperti telur, daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan susu rendah lemak.

Makanan snek seperti yoghurt, telur rebus, keju dan kepingan ayam Belanda juga akan memberi kita lebih tenaga dan mampu mengawal rasa lapar kita.

Jika kita tak boleh makan daging atau susu, sumber protein lain seperti kekacang dan bijiran lain juga dapat membantu.

10. TIDUR SECUKUPNYA

Tahukah kita jika kita dapat tidur dan rehat yang secukupnya, boleh membantu tubuh badan kita mengurangkan berat badan?

Kurang tidur boleh menyebabkan kita sering-kali makan dengan berlebihan atau membuat pilihan makanan yang tak sihat.

Petua kuruskan badan adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup untuk pastikan kita punyai tenaga yang diperlukan untuk bersenam dan bekerja pada tahap maksimum.


RAHSIA TURUN 3 KG DALAM MASA 8 HARI!!
KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT


Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.