4 Tips Memilih Loyang

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

4 TIPS MEMILIH LOYANG

4 tips pilih loyang

Ramai yang bertanyakan tentang tips untuk memilih loyang dalam proses membuat kek, ini kerana terdapat banyak jenis loyang yang dijual dipasaran sekarang. Atas permintaan, kami kongsikan 4 tips memilih loyang yang pasti dapat membantu anda untuk memilih loyang

1. Ukuran loyang

Adunan kek akan mengembang 50 hingga 100 peratus ketika proses membakar dan jika tidak sesuai kek akan melimpah keluar dari loyang. Sebelum menentukan ukuran loyang, perhatikan jumlah adunan dan ukuran serta kapasiti oven. Belilah ukuran loyang standard seperti bentuk bulat : 20-22 cm, bentuk persegi 20-22 cm dan loyang datar untuk membakar biskut.

2. Jumlah loyang

Setiap ukuran loyang tidak harus dibeli dalam jumlah banyak. Jika merancang untuk membuat lebih dari dua biji kek, sebaiknya beli minimum 2 buah loyang ukuran sama agar dapat di bakar sekaligus. Untuk biskut pula, sebaiknya beli minimum 4 buah loyang datar supaya boleh di gunakan bergantian.

3. Bahan loyang

Loyang dibuat dari aluminium, besi, tembaga, anti lekat (non stick) dan silikon. Belilah loyang dengan bahan yang ringan dan mudah dibersihkan. Selain aluminium, loyang dari bahan anti lekat juga memudahkan proses membakar. Boleh juga cuba gunakan loyang silikon yang mudah dibersihkan dan tahan lama walaupun harganya mahal sedikit.

4. Loyang khas

Selain loyang dengan bentuk persegi dan bulat, pastikan anda mempunyai stok loyang khas untuk beberapa jenis kek seperti tulban (loyang berlubang di tengah), springform, muffin dan cupcake.

Semoga perkongsian tips ini dapat membantu anda memilih loyang untuk membuat kek lebih baik.

Dapatkan pelbagai jenis Loyang & Acuan serta kelengkapan membuat kek difacebook rasmi Loyang & Acuan – KLIK SINI

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.