About BR

Selamat Datang Ke BukuResepi.com

Assalamualaikum & selamat Sejahtera..

Pertama sekali admin BukuResepi ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada semua Fan BukuResepi di facebook yang sentiasa menyokong jenama ‘BukuResepi‘ yang telah bermula pada 2012. Dengan sokongan dan sumbangan anda juga, kami warga admin BukuResepi telah dapat menyiapkan sebuah blog untuk memudahkan para pengguna internet dan semua sahabat di facebook BukuResepi

[dropcap]K[/dropcap]ami di BukuResepi.com amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh semua sahabat BukuResepi di fan page kami selamat ini, tidak lupa juga penghargaan kepada semua sahabat BukuResepi yang banyak berkongsi Resepi-Resepi yang menarik dan tidak lokek ilmu dalam bidang masakan.

Dengan harapan tertubuhnya web rasmi BukuResepi.com ini, semua resepi dapat dikumpulkan disatu tempat dan boleh dijadikan salah satu sumber rujukan buat seluruh sahabat BukuResepi dan dapat menarik lebih ramai pengguna internet untuk belajar sesuatu dari BukuResepi.com sekaligus menjadi sumber rujukan UTAMA dalam bidang MASAKAN.

[dropcap]K[/dropcap]ami sangat komited dan yakin dengan wujudnya BukuResepi.com  pasti akan menarik minat lebih ramai pengguna untuk belajar memasak dan mencuba resepi atau masakan yang baru. Kami juga sangat berbesar hati jika ada dikalangan sahabat BukuResepi sendiri atau pelawat yang mengunjungi BukuResepi.com yang sudi untuk berkongsi Resepi,Tips dan apa juga yang berkaitan dengan BukuResepi.

[divider]

fb-buku-resepi

KAMI BERMULA DI FAN PAGE

[dropcap] U[/dropcap]ntuk Makluman, Fan Page BukuResepi telah ditubuhkan pada awal tahun 2012 dimana beberapa orang admin yang ingin mengumpul segala jenis resepi disamping berkongsi bersama pengguna facebook. Diakui pada mula penubuhan Fan Page BukuResepi kami tidak sangka ia akan sampai ketahap sekarang dimana jumlah ‘LIKE’ lebih 600 ribu dapat dikumpulkan dan semuanya adalah sahabat BukuResepi yang sangat minat dalam bidang masakan dan sangat baik hati berkongsi resepi bersama sahabat-sahabat yang lain.

SIAPA SAHABAT BUKURESEPI
Untuk makluman semua,pengguna facebook yang ‘LIKE‘ fan page BukuResepi kami gelarkan sebagai ‘SAHABAT BR ‘ atau ‘SAHABAT BUKURESEPI‘ kerana bagi kami ia lebih mengeratkan kemesraan antara kita semua.
[divider] [box type=”info”] [dropcap]R[/dropcap]esepi yang dikumpul sejak tahun 2012 sehingga sekarang telah melebih 6,000 resepi yang dikongsikan oleh sahabat BR dan pihak admin sendiri. Manakala beratus-ratus tips masakan dan petua juga telah banyak dikongsikan di fan page BukuResepi. Insya ALLAH kami akan kongsikan kembali didalam blog nanti [/box] [divider]

Web-Buku-Resepi

PENUBUHAN WEB/BLOG BUKURESEPI.COM

[dropcap]P[/dropcap]enubuhan web/blog BukuResepi.com ini tercetus setelah kami mendapat pelbagai aduan dan saranan daripada sahabat-sahabat BR yang mengalami masalah untuk mencari resepi-resepi yang telah dikongsikan dalam fan page BukuResepi. Untuk Makluman semua, setiap hari kami kongsikan beberapa puluh resepi dan kami terima puluh-puluh resepi dari sahabat-sahabat BR yang ingin berkongsi resepi bersama kami dan semua sahabat BR di facebook.

[dropcap]O[/dropcap]leh kerana pihak BukuResepi tiada sumber kewangan untuk menubuhkan web/blog Bukuresepi, Ini Kerana BukuResepi tidak menjana sebarang pendapatan atau keuntungan dari fan page BukuResepi dan fan page BukuResepi tersebut kami jadikan sebagai ‘ONE STOP CENTER’ perkongsian ILMU MASAKAN semata-mata. Dalam usaha ini,Pihak Admin BukuResepi telah melancarkan satu jualan sambil mengumpul dana bagi menubuhkan web/blog BukuResepi.com ini. Hasil jualan dihasilkan tidak telah digunakan sepenuhnya untuk membangunkan web/blog BukuResepi.com

BERSAMBUNG…