Agar-Agar Cendol & Gula Melaka

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Agar-Agar Cendol & Gula Melaka
Oleh : Aini Binte Madon

LAPISAN BAWAH (CENDOL)

  • 4 1/2 sudu teh serbuk agar-agar
  • 180 gm gula pasir
  • 450 ml air
  • 250 ml santan pekat / santan kotak
  • 100 gm cendol – ditapis

LAPISAN ATAS (GULA MELAKA)

  • 3 sudu teh serbuk agar-agar
  • 4 1/2 sudu makan air
  • 150 gm gula melaka – dicincang
  • 360 ml air

banner-promo


CARA-CARANYA :

Lapisan Bawah:-

  1. Masukkan agar-agar, gula dan air ke dalam sebuah periuk. Kacau di atas api yang sederhana hingga gula hancur.
  2. Masukkan santan pekat dan cendol dan kacau sehingga mendidih. Angkat dari api.
  3. Biarkan sejuk sedikit. Kacau rata hingga pekat sedikit.
  4. Tuangkan ke dalam acuan. Biarkan ia mengeras pada suhu bilik.

Lapisan Atas:-

  1. Larutkan serbuk agar-agar dengan 4 1/2 sudu makan air.
  2. Masukkan gula melaka dan 360 ml air ke dalam sebuah periuk. Masak hingga gula larut.
  3. Masukkan campuran serbuk agar-agar + air tadi dan masak hingga mendidih.
  4. Angkat dari api dan sejukkan sebentar.
  5. Tuangkan perlahan2 ke atas adunan cendol tadi.
  6. Biarkan agar-agar mengeras pada suhu bilik.
  7. Bila dah keras, masukkan ke dalam fridge.
  8. Sedap dimakan ketika sejuk.


SELAMAT MENCUBA…

AGAR-AGAR-CENDOL-&-GULA-MELAKA-02

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.