Aiskrim Sumi

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Aiskrim Sumi12804732_1877628209130264_7390273480752505343_n

Perkongsian dari Fb Noor Abdul Rahim

Buat jugak tapi ikut sukatan sendiri. Buat banyak nanti takde yg nak makan pulak. Bubuh perisa oren dan bandung ….. nyummy! Terima kasih banyak pada tuan yg punya idea asal aiskrim sumi.

Aiskrim Sumi

Bahan-Bahan :

  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • perisa dan warna yg anda suka
  • 3 packet jelly sumi – dibelah 4 setiap satu

Cara-Cara :

  1. Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
  2. Kecilkan api, masuk kan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Matikan api.
  3. Bubuh perasa dan pewarna, kacau rata.
  4. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai.
  5. Jgn lupa masuk jelly sumi semasa isi airnya tau.

** Saya guna esen rose & warna pink untuk perisa bandung. Orange paste untuk perisa oren.

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.