Apam Berkuah

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Resepi Apam Berkuah

Oleh : Tahrunnisah Jali

10293601_10201967765103126_7360362958769130684_o

Biasa dengar Apam Berkuah?? Jika di Pantai Timur terutama di Terengganu khususnya dan di Beserah juga ada jual apam kuah ni..mmg sedap…dalam pantang mesti ada apam ni ..dan Apam ni sesuai juga dimakan dengan kelapa parut bergaram…gara2 nak makan telefon mak minta resepi..siap bagi resepi kuahnya sekali..cuma orang dulu2 tak bagi sukatan tepat la cara buatnya…

* kalau tak abis jgn dibuang boleh kukus balik..jadi lembut semula..

10003643_10201967764943122_5427357339299157507_o

Resepi Apam Kampung/Apam Gandum

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula merah*
    1/2 cawan air panas*
    1 cawan air suam
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1 1/2 sudu kecil yis

~yang bertanda * sebatikan dan kemudian ditapis ..sejuk dulu ye

yis, 1 sudu gula dan 1 cawan air suam ni dicampur..biar seketika jika berbuih menandakan yis tu aktif

Dalam bekas masukkan tpg gandum..campuran air gula merah , dan lebihan gula serta campuran yis tadi… kira aduk semua bahan2 diatas..adunan ni seperti nak buat cucur pisang. adunan tak pekat dan tak cair sangat.kalau pekat tambah sikit je air.

tutup bekas tersebut..dlm 1/2 jam kaup balik adunan tu ye…kemudian tutup semula..1/2 jam lagi kaup balik…tutup dan 1/2 jam lagi kaup balik..kira 3x buat kaup balik…

sementara tunggu adunan ni naik boleh la panaskan dulu kukusan

sediakan loyang yang telah disapu terlebih dahulu dgn minyak
masukkan adunan ni dlm loyang..nak masuk dlm bekas kecik2 pun boleh

kukus dlm 30-45 minit.. tutup tudung pengukus dgn kain ye.

Resepi Kuah

906544_10201967764783118_2923062201357458473_o

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
    Halia- sedikit je
  • lengkuas- sedikit je
  • kunyit- sedikit je
  • 2 ekor ikan kembung sederhana besar (rebus dan ambil isi)
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu kecil ketumbar disangrai
  • 1 sudu kecil jintan manis disangrai
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar kelapa parut
  • garam sedikit

Cara-cara membuatnya :

  1. tumbuk bawang besar, putih, halia, lengkuas, kunyit sampai lumat.
  2. kemudian tumbuk lada hitam, kelapa parut sampai lumat
  3. Tumbuk ketumbar & jintan manis sehingga betul2 lumat serta masukkan isi ikan tadi …tumbuk lagi ye
  4. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan2 yg telah ditumbuk/blend tadi. masukkan kerisik, gula melaka,. dan garam.. rasa kuah ni tak manis sangat tapi ada rasa2 manis
  5. Masak kuah hingga kuah naik minyak. kepekatan kuah ni tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.. Selalu kacau untuk mengelakkan kuah berkerak..

Untitled-2

Dengan perkongsian resepi APAM BERKUAH ini dapat memberikan sesuatu yang baru kepada anda untuk mencubanya.

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.