Biskut Hazelnut

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Biskut Hazelnut
Oleh : Nur Jannah

BAHAN-BAHAN :

Bahan A

  • 180 gram mentega
  • 90 gram gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • ¼ sudu kecil mentega emulco

Bahan B (ayak)

  • 320 gram tepung gandum superfine
  • 30 gram tepung jagung
  • 30 gram tepung sagu
  • 1/8 sudu kecil serbuk penaik

Bahan C

  • 50 gram Nestle almond cluster (kisar)
  • 50 gram biskut cheese cracker (kisar)
  • 1 keping keju cheddar (cincang halus)

Bahan D

  • Kacang hazel secukupnya (bakar)

Bahan hiasan

  • Mangkuk kertas
  • Coklat putih
  • Sandi sugar

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA :

  1. Bahan A diputar hingga sebati dan masukkan bahan B.
  2. Satukan bahan C dan campurkan dalam adunan tadi.
  3. Uli hingga menjadi doh.
  4. Bulat-bulatkan doh, masukkan kacang hazel di tengah-tengahnya.
  5. Bakar hingga masak dan sejukkan.
  6. Panaskan coklat putih secara double boiler.
  7. Celup biskut yang telah di masak ke dalam coklat putih dan letakkan ke dalam mangkuk kertas.
  8. Tabur sandi sugar di atasnya
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.