Biskut Lollipop

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Biskut Lollipop
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN :

  • 2 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 170g butter – suhu bilik
  • 85g cream cheese – suhu bilik
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 atau 4 pewarna & perisa yg anda suka
  • lidi lollipop secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul butter, garam, gula & cream cheese hingga kembang.
  3. Masuk kan telur, esen vanila. Pukul hingga sebati.
  4. Masuk kan tepung & gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian. Setiap bahagian dibubuh warna & perasa ikut suka.
  6. Bungkus adunan dengan plastik wrap kemudian masuk kan kedalam peti sejuk selama 2 jam.
  7. Setelah 2 jam, ambil sedikit bahagian dari setiap warna & cantumkan menjadi bebola.
  8. Roll bebola hingga menjadi cukup panjang. Kemudian dari satu bahagian hujung, gulungkan hingga seperti bentuk lollipop.
  9. Letak kan diatas dulang pembakar yg telah dialas dgn kertas pembakar & jarak kan. Cucuk kan lidi.
  10. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit (atau adjust timing membakar ikut oven masing-masing)

Biskut-Lollipop

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.