Biskut Sarang Semut

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

[highlight]RESEPI BISKUT SARANG SEMUT[/highlight]
Oleh : Shaidati Nur

RESEPI PERTAMA :

BAHAN-BAHAN MEMBUAT BISKUT SARANG SEMUT :

  • 250gm butter
  • 1cwn tpg gandum
  • 1cwn tpg jagung
  • 2cwn tpg kastad
  • 1cwn gula halus/pasir
  • 1bj kuning telur
  • Sedikit vanila

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT SARANG SEMUT :

  1. Pukul telur & butter sehingga kembang
  2. kemudian masukkan kuning telur dan sedikit vanila (sebatikan)
  3. Kemudian masukkan tepung gandum,tepung jagung & tepung kastad ( Gaul sehingga menjadi DOH)
  4. Parut doh menggunakan acuan sarang semut
  5. Kemudian letakkan ke dalam paper cup.
  6. Tabur manik atau coklat rice  untuk hiasan
  7. Panaskan oven 180’C 25 minit
  8. Dan bakar biskut sarang semut tersebut.

saran semut 2

RESEPI KEDUA :

BAHAN-BAHAN MEMBUAT BISKUT SARANG SEMUT : ( 80-100 Biji )

  • 200 gm gula halus
  • 200 gm planta/butter
  • 350 tepung kastad
  • 50 gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • coklat rice (untuk hiasan)
  • paper cup secukupnya

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT SARANG SEMUT :

  1. Planta & gula dipukul hingga kembang..
  2. Masuk kan kuning telur..Gaul hingga rata.
  3. Masuk tepung kastad..Sedikit demi sedikit dan tepung gandum.
  4. Uli hingga menjadi doh lembut.
  5. Parut doh dan masuk ke dalam paper cup.
  6. Panaskan oven 180 selama 10 minit
  7. Bakar selama 10 minit sehingga masak

UNTUK TEMPAHAN ACUAN SARANG SEMUT,SILA KLIK GAMBAR DIBAWAH

[divider] 

 JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.