biskut Tutku

0
4181

RESEPI BISKUT TUTKU (Biskut Turki)
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN :

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 150g butter – suhu bilik
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1 biji telur – suhu bilik
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar cream (saya gunakan whipping cream)
  • secubit garam
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • nutella secukupnya

CARA-CARA :

  1. Satukan kesemua bahan kecuali nutella & serbuk koko.
  2. Gaul hingga sebati hingga mendapat adunan yg lembut tetapi tidak melekat ditangan.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur dgn serbuk koko.
  4. Ambil secubit dari setiap adunan & cantumkan. Bentuk ikut suka. Kalau nak dapat bentuk sama macam kilang punya, memang payah
  5. Letak kan nutella di tengah & tutup bebola. Letak kan diatas dulang pembakar.
  6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 165 darjah celcius selama 15 – 20 minit ikut oven masing-masing.

biskut-tutku

TINGGALKAN KOMEN