Button Cookies (Biskut Butang)

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Button Cookies (Biskut Butang)
resepi : giverecipe.com

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur saiz besar – suhu bilik
  • 100g butter – suhu bilik
  • 2 cawan tepung gandum (mungkin tak perlu guna semua, bergantung pada dough)
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • * perisa (jika suka)
  • pewarna ikut suka

Cara-cara Penyediaan :

  1. Gaul butter & gula hingga berkrim sahaja.
  2. Masuk kan tepung jagung & telur. Gaul hingga sebati.
  3. Masuk kan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga mendapatkan adunan yg tidak lembik dan mudah dicanai.
  4. Bahagikan dough kepada 3 bahagian. Setiap bahagian dibubuh pewarna & perisa, dimana 1 bahagian dicampur dgn serbuk koko. Rehatkan dough selama 15 minit didalam peti sejuk.
  5. Canai dough jgn tebal & terap mengikut bentuk butang. Jgn lupa buat lubang butang.
  6. Susun diatas dulang pembakar yg telah dialas dgn kertas pembakar. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 – 18 minit ikut oven masing-masing.

** Jika anda bubuh perisa, tak perlu guna esen vanila.
** Jika anda hanya menggunakan esen vanila, masuk kan ketika campur telur.

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.