Cheese Tart

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Resepi cheese tart
oleh:Rohimatul Mat Yussuf

BAHAN 01

  • 170g butter/marjerin (sy guna butter)
  • 50g gula aising
  • 1 biji telur gred C
  • 290g tepung gandum
  • 1 sd kecil esen vanila
  • Acuan tart

CARA-CARANYA :

  1. Pukul butter bersama gula aising hingga sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula (jgn pukul terlalu lama) masukkan telur dan esen vanila pukul lg hingga sebati kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit pukul dan uli hingga menjadi doh yg lembut..(kelembutan doh brgantung pd kuantiti tepung) jika nak crust/kulit tart mnjadi lebih baik masukkan doh ke dlm plastik dan simpan dlm peti sejuk semalaman.
  2. Utk mmbuat crust, ambil sedikit adunan dan tekan ke dlm acuan tart kemudian cucuk dgn garfu sebelum di bakar.
  3. Bakar pada suhu 170·c selama 20-25min/hingga keperangan. (Crust/shell blh di buat awal dan simpan d dlm bekas kedap udara)

cheese-tart-03

BAHAN 02

  • 250g cream cheese
  • 50g gula halus/kastor
  • 1 biji telur gred B
  • 1/2 sd teh esen vanila/perahan lemon (Sediakan filling yg kita suka..sy guna stoberi dan coklat)
  • lebih byk filling lebih sedap

CARA-CARANYA :

  1. Keluarkan cream cheese 20-30min sblm d gunakan. JANGAN biarkn hingga mncapai suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dgn gula hingga berkrim masukkan telur dan esen vanilla putar lg hingga sebati
  3. Masukkan filling ke dlm kulit tart lebih senang jika menggunakan piping bag kemudian dgn kaedah sama picitkan cream cheese hingga memenuhi kulit tart (lg byk cream cheese makin cantik tartnya)
  4. Kemudian bolehlah corakkannya dgn menggunakan pencungkil gigi..
  5. Bakar pd suhu 170·c selama 5minit. Sentuh dgn jari jika cream cheese tidak melekat bermakna telah masak jika tidak, tambah seminit lagi. (1 adunan sy dpt 54biji crust bergantung pd size acuan dan ketebalan crust/shell)
  6. Setelah masak, masukkan ke dlm bekas kedap udara dan simpn dlm peti sejuk utk ketahanan lebih lama..

cheese-tart-04

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.