Chocolate Peanut Butter Ganache Bars

0
829

[highlight]RESEPI  CHOCOLATE PEANUT BUTTER GANACHE BARS[/highlight]
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN UNTUK BISKUT :

  • 3 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 cawan butter (340g) – suhu bilik
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan brown sugar
  • 3 biji telur – suhu bilik
  • 120g chocolate – dicairkan
  • 1/2 cawan peanut butter chunky(kasar)
  • 1 cawan chocolate chips

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT :

  1. 1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. 2. Pukul butter, gula halus & brown sugar hingga kembang.
  3. 3. Masuk kan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga sebati & tidak bergentel.
  4. 4. Masuk kan tepung & gaul rata.
  5. 5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. sebahagian digaul dengan chocolate cair & chocolate chips. Gaul hingga sebati.
  6. 6. Sebahagian lagi digaul dengan peanut butter. Gaul hingga sebati.
  7. 7. Tekankan adunan peanut butter hingga padat kedalam loyang berukuran 9×9 inci yg telah dialas terlebih dahulu (supaya mudah nak keluarkan).
  8. 8. Kemudian, tekankan pulak adunan chocolate diatas.
  9. 9. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 30 minit (atau ikut had kepanasan oven masing-masing, jaga jgn hangus pulak)
  10. 10. Biarkan sejuk dahulu sebelum dituangkan dengan chocolate topping diatasnya.

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPPING

  • 1/2 cawan butter
  • 250g chocolate chips
  • 3 sudu kecil golden syrup atau madu

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT TOPPING

  1. 1. Cairkan kesemua bahan topping dengan menggunakan cara double boiling atau microwave.
  2. 2. Pastikan adunan sejuk sebelum di tuangkan keatas cake.
  3. 3. Biarkan chocolate mengeras (sets) sebelum dipotong & dihidangkan.

[divider] [box type=”warning”] JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI [/box]

TINGGALKAN KOMEN