Coklat Homemade

0
5812

COKLAT HOMEMADE
Oleh : Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Cara Membuat Coklat

Ada dua jenis coklat yg sesuai digunakan untuk membuat Homemade Chocolate iaitu Couverture dan Compound. Couverture dan Compound Choc boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu dark, milk dan white. Walaupun Couverture dikatakan lebih enak dimakan, tetapi cara penyediaannya lebih rumit kerana terpaksa melalui proses yg dipanggil ‘tempering’ supaya coklat lebih stabil dan hasilnya lebih cantik.

Coklat Compound pula lebih mudah untuk diproses dan ianya lebih stabil pada suhu bilik. Harganya juga lebih murah berbanding coklat couverture. Di bawah ini sy ingin kongsi cara asas membuat coklat menggunakan coklat jenis compound. Mudah2an dapat membantu kawan2 yg ingin mencuba membuat coklat sendiri

Bahan-bahan asas yang diperlukan:

  • * Coklat compound samada milk, dark atau white -terdapat beberapa jenama di pasaran seperti Beryl’s, Colatta, Selbourne dan lain2.
    ( Mudah didapati di kedai barangan membuat kuih dan terdapat dalam bentuk butang dan juga blok)
  • * Acuan (juga mudah didapati di kedai barangan bakeri)
  • * Double boiler – bleh juga diganti dengan periuk biasa dan mangkuk logam yg lebih besar dari periuk yg digunakan

Bahan-bahan tambahan :

  • * Piping beg untuk memudahkan kerja memasukkan coklat ke dalam acuan. Kalau menggunakan sejenis coklat sahaja, bleh juga gunakan sudu atau sudip kecil
  • * Pewarna khusus untuk coklat yang berasakan minyak (oil based) – pewarna makanan yg berasakan air (waterbased) tidak sesuai digunakan
  • * Inti – contohnya kekacang yg telah dipanggang, kismis, buah2an kering atau inti seperti praline yg sedia diguna yg boleh dibeli di kedai barangan bakeri
  • * Batang lollipop untuk membuat lollichocs ( lollipop coklat)
  • * Perisa (flavouring) khusus untuk coklat (oil based)
  • * Mangkuk kertas

CARA-CARA MENYEDIAKAN :

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Sementara itu masukkan coklat butang ke dalam mangkuk logam.
  2. Kalau menggunakan blok coklat, potong atau cincang dulu coklat kepada saiz lebih kecil.
  3. Bila air sudah mendidih letakkan mangkuk yg berisi coklat td di atas periuk. (Kalau ada double boiler, gunakan ajer double boiler).
  4. Pastikan bawah mangkuk tidak menyentuh air dalam periuk dan pastikan juga wap air tidak masuk ke dalam coklat. Kacau sekali sekala hingga cair.
  5. Alihkan mangkuk dari periuk tadi. Masukkan coklat yg telah dicairkan ke dalam acuan dengan menggunakan sudu, sudip atau piping beg.
  6. Hentakkan perlahan2 acuan dan masukkan ke dalam freezer hingga keras (masa bergantung kepada freezer masing2 dan bergantung kepada saiz coklat.
  7. Kalau saiz agak kecil biasanya ambil masa dalam 8-10 minit).
  8. Keluarkan dari acuan dan jika suka boleh masukkan coklat yg telah siap ke dalam mangkuk kertas.
  9. Jika nak letakkan inti seperti kekacang atau kismis, masukkan coklat yg dicairkan ke dalam acuan separuh penuh sahaja menggunakan piping beg.
  10. Letakkan inti di tengah2 dan penuhkan acuan dengan coklat.
  11. Masukkan coklat ke dalam freezer hingga keras.
  12. Jika ingin coklat yang berwarna warni, campurkan sedikit pewarna khusus untuk coklat ke dalam coklat putih (compound white choc) yg telah dicairkan.
  13. Gunakan piping beg untuk memasukkan coklat berwarna ini dalam acuan.
    CONTOHNYA : Jika menggunakan acuan berbentuk bunga dan daun, masukkan coklat berwarna hijau pada bahagian daun pada acuan dan masukkan coklat berwarna merah contohnya pada bahagian bunga pada acuan.
  14. Biar sebentar hingga separuh beku dan penuhkan acuan dengan coklat pilihan (samada milk, dark atau white). Masukkan ke dalam freezer.
  15. Jika ingin membuat lollichocs, masukkan coklat ke dalam acuan khas untuk lollichocs dan letakkan batang lollipop.
  16. Pusingkan sedikit batang tersebut supaya bahagian belakang batang lollipop bersalut coklat. Masukkan ke dalam freezer.

NOTA : Jika ingin coklat anda ada perisa contohnya pudina, strawberry, lemon dan lain2, campurkan sedikit perisa ke dalam coklat compound yg telah dicairkan dan kacau hingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam acuan.

coklat--homemade-2

TINGGALKAN KOMEN