Cotton Japanese kek

Kalau korang pengemar cheese mesti suka Cotton Japanese kek ni. Rasa dia tak muak walaupon makan sebijik kek.Teksturnya lembut dan fluffy gitu.

Family ika kalau buat 2 bijik kek tak sampai 15 minit dah lesap masuk dalam perut masing2. Siap request lagi nak lebih cheese la nak sebijik sorang la.P

okoknya memang dorang gemarkan kek ni ,lagi2 kalau ika yang bakingĀ  cewaaahh..
Resepinya ika share kat bawah ni

Cotton japanese cake (Loyang 8 inci)

Bahan A:

  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 cawan tepung kek/tepung superfine
  • 2 sudu besar tepung jagung
    (*kalau guna tepung gandum tambah 1 sudu teh baking power dan setengah sudu teh soda bikarbonat)

Bahan B:

  • 140g gula (gula halus)
  • 6 biji putih telur
  • 1 sudu teh cream of tar tar

Cara-cara :

  1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
  2. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.(telur putih jangan bagi kena air walaupon setitik.)
  3. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue (bertanduk).*Kalau terbalikan bekas ,adunan tak jatuh * ketepikan*
  4. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi
  5. Campurkan tepung, tepung jagung, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati. (Tepung pastikan diayak terlebih dahulu)
  6. Campurkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan tepung yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.
  7. Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).

Siap..Sejukkan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap taw , boleh buat makan masa minum petang atau masa santai2 sambil tengok tv malam (kalau diet jangan makan 😄)
Makesure kek fluffy macam video kat bawah. Kalau tak fluffy tak jadi la namanya

Selamat mencuba..

Credit : Noor Atika

TINGGALKAN KOMEN