Breaking News

Daging bakar air asam

daging-bakar-air-asamDaging bakar air asam

Jika anda sukakan daging, menu daging bakar memang masakan yang lebih sihat dan juga mudah sahaja.

Bahan untuk Daging:

  • 1 kg daging lembu
  • 50 gm bawang besar – dikisar halus
  • 20 gm bawang putih – dikisar halus
  • 10 gm serbuk kari
  • 10 gm halia – dikisar halus
  • Garam – secukup rasa
  • Serbuk perasa – secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Kisar hingga halus bawang putih, bawang merah, serbuk kari dan halia.
  2. Gaulkan sebati dengan daging dan masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
  3. Perapkan daging selama 2 jam
  4. Setelah itu, daging hendaklah dibakar selama 30 minit dengan suhu 180C atau sehingga masak

Bahan untuk Air Asam Jawa :

  • Air asam jawa
  • 1 biji bawang besar – dipotong kecil
  • 2 biji lada merah – dipotong kecil
  • 2 biji lada hijau – dipotong kecil
  • 1 biji tomato – dipotong kecil
  • 10 biji cili padi – dipotong kecil
  • 10 gm belacan – dibakar / digoreng
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Limau nipis

Cara membuatnya:

  1. Kesemua bahan yang dipotong kecil dicampurkan kedalam air asam jawa.
  2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa.
  3. Semua bahan digaul rata
  4. Setelah itu, bolehlah dihidangkan sebagai pencicah kepada daging bakar tadi.
(Sumber foto: Flikr)
(Sumber foto: Flikr)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.