Daging Goreng Kunyit

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Daging Goreng Kunyit

Daging Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

  • 600 gm daging
  • 2 – 3 inci kunyit hidup – tumbuk
  • 1-2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 inci halia – hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 2 ulas bawang besar
  • Kacang panjang atau kacang buncis (jika suka)
  • Lobak merah
  • Cili merah – hiris nipis
  • Minyak secukupnya
  • Garam

Cara Memasak:

  1. Daging dihiris nipis.
  2. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
  3. Masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging.
  4. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering.
  5. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi.
  6. Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali dan buka api.
  7. Goreng daging seketika dengan minyak tu.
  8. Masukkan garam jika perlu.
  9. Akhir sekali masukkan sayur kacang, lobak merah, bawang besar dan cili potong.
  10. Biar sehingga layu dan siap!
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.