Ferrero Rocher Homemade

0
2577

FERRERO ROCHER HOMEMADE
Oleh : Noor Abdul RAhim

BAHAN-BAHAN :

  • 250g butter – suhu bilik
  • 150g gula caster
  • 1 biji kuning telur
  • 30g serbuk roti kuning (panko breadcrumbs)
  • 100g serbuk badam (badam yg telah dikisar halus)
  • 100g tepung jagung
  • 300g tepung red rose atau tepung top
  • 250g badam cincang – disangar tanpa minyak
  • 300g chocolate masakan (cooking chocolate) – dicairkan
  • 1 biji putih telur

CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. Ayak tepung rose/top bersama tepung jagung.
  2. Campurkan serbuk roti & serbuk badam kedalam tepung. Gaul rata.
  3. Pukul butter, gula & kuning telur hingga kembang.
  4. Masuk kan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.
  5. Bulatkan dough sebesar guli.
  6. Celupkan bebola kedalam putih telur & kemudian kedalam badam cincang.
  7. Letak kan diatas dulang pembakar.
  8. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 165 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit (ikut oven masing-masing)
  9. Setelah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum disalut dengan chocolate cair.
  10. Letak kan bebola chocolate kedalam mangkuk kertas.


biskut-ferrero

TINGGALKAN KOMEN