Fruit Cocktail Bread

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Fruit Cocktail Bread
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 2 biji telur saiz besar – suhu bilik
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan sour cream atau yogurt putih
  • 1/3 cawan minyak sayuran (canola/jagung/sunflower)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 300g buah-buahan cocktail dalam tin – ditapis sirapnya

CARA-CARA

  1. Ayak tepung bersama baking powder & serbuk kayu manis.
  2. Satukan telur, gula, sour cream, minyak, esen & garam. Gaul hingga sebati.
  3. Masuk kan buah-buahan cocktail yg telah ditapis. Gaul rata.
  4. Masuk kan tepung & gaul hanya sekadar bercampur ( jgn terlebih gaul nanti buah-buahan boleh terbenam kebawah & bread nya pun jadi tak lembut )
  5. Tuang adunan kedalam acuan yg telah dialas dgn kertas pembakar.
  6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 35 – 45 minit bergantung pada oven masing-masing.

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.