Goreng Pisang Cheese

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Goreng Pisang Cheese
Oleh : Nur Jannah

BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG

  • 1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • sebiji telur
  • satu sudu butter
  • secubit garam
  • perwarna kuning@serbuk kunyit
  • minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING

  • Keju cheddar(diparut)
  • satu sudu kecil susu pekat manis
  • satu sudu kecil butter

CARA-CARA MEMBUATNYA;

  1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning.
  2. Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
  3. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
  4. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis.
  5. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng

pisang cheese

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

1 Comment

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.