Green Pea Cookies

0
1481

Green Pea Cookies
ubah suai dari blog : anncoo journal
Oleh: Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN :

  • 260g tepung kacang peas
  • 160g gula icing
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 280g tepung gandum
  • 60g tepung rose (tepung top)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 200ml – 220ml minyak kacang (jgn guna semua, bergantung pada adunan)

GLAZE

  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil air

CARA-CARA

  1. Ayak tepung gandum, tepung rose & baking powder.
  2. Satukan kesemua bahan kering & gaul rata.
  3. Tuang minyak kacang & gaul rata hingga menjadi adunan yg tidak melekit di tangan. Rehatkan adunan selama 15 minit.
  4. Bulat-bulat kan adunan sebesar guli, letak kan keatas dulang pembakar. Tekan sedikit supaya permukaan rata.
  5. Sapukan atasnya dgn bahan glaze.
  6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 15 – 20 minit.
    ** Kalau takde tepung kacang peas, anda boleh gunakan kacang peas yg sedia untuk dimakan, kemudian kisar halus.

TINGGALKAN KOMEN