Homemade Pineapple Jam Tarts

0
1228

[highlight]RESEPI  HOMEMADE PINEAPPLE JAM TARTS[/highlight]
Oleh : Jay Jalilah

BAHAN-BAHAN MEMBUAT HOMEMADE PINEAPPLE JAM TARTS

  • 250gm butter
  • 200gm tepung gandum (ikut lembut adunan)
  • 50gm susu tepung
  • 50gm gula kaster
  • 2 butir merah telur
  • 1 sudu teh esen vanila

CARA-CARA MEMBUAT HOMEMADE PINEAPPLE JAM TARTS

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati, kemudian masukkan telur satu per satu dan pukul hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila, tepung gandum dan susu tepung sedikit-sedikit gaul perlahan-lahan hingga sebati.
  3. Canai adunan setebal 0.5cm dengan menggunakan acuan kuih tart, buatkan lubang ditengahnya dan paipkan jem nenas secukupnya.
  4. Hiaskan mengikut kreativiti sendiri dan sapukan kuning telur sebagai hiasan.
  5. Bakar dengan suhu oven 170 darjah selama 25 minit atau hingga kekuningan.

BAHAN & CARA BUAT JEM NENAS

  1. Nenas yang telah dikupas dan dibuang matanya, diparut halus.
  2. Nenas yang siap diparut dimasak bersama-sama gula (mengikut citarasa masing-masing), sedikit bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis untuk mendapatkan bau yang asli dan wangi.
  3. Sentiasa mengacau diatas api yang sederhana hingga pekat, tetapi tidak terlalu pekat takut ianya akan menjadi terlalu liat, supaya senang untuk dimasukan kedalam piping bag.

[divider] [box type=”warning”] JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI [/box]

TINGGALKAN KOMEN