Breaking News

Infused Detox Waters atau Air Detox

Infused Detox Waters atau Air Detox

Infused Detox Waters atau disebut Air detox. Infused detox water boleh menguruskan badan secara sihat tanpa pengambil sebarang produk pengurusan badan. Sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan. Bahan utama adalah air yang memang sepatutnya kita minum air banyak dalam proses pengurusan badan ni dan bahan lain adalah campuran buah, herba dan bahan yang sesuai untuk digunakan.

Air detox ni menggalakan kita minum air lebih banyak disebabkan air detox lebih sedap dengan pelbagai campuran dari air kosong tu kan. Secara tak lansung air ni boleh menjadi tujuan detox bergantung pada resepi campuran yang digunakan.

Antara 5 jenis buah Air detox untuk tenaga dan cuci perut.

1) Oren, lemon, dan halia.

Buah Oren membantu dalam peredaran darah yang sihat, lemon membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia adalah sistem imun booster terkenal.

Oren, lemon, dan halia

2) Timun, raspberry dan anggur

Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin, Raspberi mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.

Timun, raspberry dan anggur

3) Rhubarb, epal, dan Kulit Kayu Manis

Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah, epal mempunyai mengekalkan kesihatan tulang dan tisu kesihatan, dan kayu manis adalah salah satu yang paling berkesan sebagai penggalak metabolisme.

Rhubarb, epal, dan Kulit Kayu Manis

4) Strawberry and Limau

Strawberi penuh dengan anti-oksidan, dan limau adalah sangat baik senjata anti-penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.

Strawberry and Limau

5) Nenas and mint

Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan artritis, dan mint menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

Cara untuk buat air detox :

  1. Potong bahan bahan mengikut citarasa
  2. Letakkan potongan tersebut di bawah jar, kemudian tambahkan ais diatas potongan bahan tersebut.
  3. Masukkan air sehingga penuh 1 liter dan tutup.
  4. Biarkan semalaman sehingga bahan sebati dalam peti ais.

Boleh minum bila bila masa sahaja macam minum air kosong cuma air detox lebih sedap berperisa

Antara kebaikan air detox ni :

  • pH dan tahap gula dalam darah yang seimbang
  • yang dibersihkan dan kawal usus
  • penurunan berat badan (lemak, bukan air)
  • beban toksin berkurangan
  • sistem imun diperkukuhkan
  • elak sembelit
  • kehilangan keinginan untuk gula dan perangsang yang lain
  • pembersihan sel dan pembinaan semula
  • berseri dan kulit sihat
  • sakit berkurangan dan alahan
  • tahap tenaga meningkat

Beberapa Penerangan Ringkas untuk membuat Air Detox

1) Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala

Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

2) Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman

Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.

3) Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan

Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan. Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.

4) Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati

sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.

5) Air Detox untuk kempiskan perut

Resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan.

post-4496-0-72177900-1411641065

BUAT DUIT DENGAN AIR DETOX?

Ya, memang ada yang menjual air detox ini dengan menggunakan resepi-resepi seperti diatas dan yang paling Laris adalah air detox untuk KURUS!! Nantikan update terbaru tentang produk yang menggunakan Air Detox untuk berniaga

15 comments

  1. air detox ni boleh minum harian mcm kita minum 8 gelas sehari? atau minuman sampingan je.. perut dah boroi apa bila dah berumahrangga ni ,,

  2. info yg berguna. saya memang sedang mencari tips2 yg boleh menguruskan badan secara sihat.

  3. Macam ni boleh try nanti ni..

  4. Resepi ni memang jadi pujaan ramai ni ..Terima kasih ya 🙂

  5. Memang menarik sangat ni bab nak kuruskan badan. Bila nak kongsikan lagi banyak tips ni..?

  6. bnyak resipi air detox ni..Boleh try lain-lain la lps ni…

  7. nazathul airina

    Dtg bulan Boleh tak minum air detox nie. Naper saya buat air detox rasa pahit.

  8. nazathul airina

    Kalau dtg bulan. Boleh ke minum air detox. Naper saya buat air detox. Rasa pahit

  9. kalau air dah habis boleh tambah atau kena buat yang baru….

  10. Assalam. Akak berminat nak berniaga infused water ni. Nak cuba sendiri dulu, Nak tanya yg green tea tu bolih tak kita masukan air green tea or kena letak serbuk green tea. Minta pencerahan. Harga jualan biasanya dalam linkungan berapa rm ye, Tk

  11. utk air detok, boleh disimpan utk jangkamasa berapa hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.