Karipap Inti Sedap

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

RESEPI KARIPAP INTI SEDAP

Oleh : Tahrunnisah Jali

KARIPAP INTI SEDAP : 
BAHAN-BAHAN MEMBUAT KARIPAP INTI SEDAP : 

  • 1 1/2 cawan gandum
  • 1sb penuh tepung beras
  • 1sb penuh tepung ubi
  • 1/2 sb gula
  • secubit garam
  • 1 1/2 sb marjerin atau shortening terpulang (saya punya guna shortening)
  • 4 sudu besar minyak panas
  • air secukupnya (saya guna air sejuk peti ais)

Resepi-karipap-02

CARA-CARA MEMBUAT KARIPAP : 

  1. gaul bahan2 kering gandum, tpg beras, tpg ubi, gula, garam, shortening/marjerin
  2. kemudian curah minyak panas dan gaul lagi
  3. dan curah air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak lekat ditangan dan lembut
  4. gelek doh tadi nipis dan guna acuan karipap dan isi inti kesukaan anda
  5. goreng dlm api sederhana panas
  6. insyaallah jadi licin molek je

INTI KARIPAP SEDAP (lebihan inti boleh frozenkan )
BAHAN-BAHAN MEMBUAT INTI KARIPAP SEDAP

  • 1 keping dada ayam di cincang halus
  • 2 biji bawang besar (dipotong halus)
  • 3 ulas bawang putih (potong halus)
  • 6@7 biji ubi kentang di potong dadu
  • 1 biji lobak merah dipotong dadu
  • daun sup dipotong kecil
  • 3 sudu besar rempah kari
  • segenggam ikan bilis*
  • segenggam udang kering*
  • kalau ada daun kari pun sedap diramas
  • garam dan gula

Resepi-karipap-01

CARA-CARA MEMBUAT INTI KARIPAP SEDAP :

  1. 1. tumbuk bahan bertanda* hingga halus
  2. 2. panaskan kuali..masukkan sedikit minyak
  3. 3. masukkan bawang besar dan bawang putih tumis hingga naik bau
  4. 4. masukkan daun kari dan rempah kari kacau sebati
  5. 5. masukkan dada ayam,dan bahan yang ditumbuk kacau lagi
  6. 6. masukkan pula ubi kentang yang dipotong dadu..masak sehingga empuk dan airnya kering
  7. 7. last sekali perisakan dgn garam dan gula serta masukkan lobak merah dadu tadi dan akhir sekali masukkan potongan daun sup… kacau dan angkat

Resepi-karipap-03

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.