Kuey Tiow Kantonis

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kuey Tiow Kantonis
Oleh : Chef Arm

BAHAN-BAHAN : 

  • 1 pkt Kuey Tiow ( dicelur )
  • isi ayam,udang dan sotong ( terpulang nak banyak mana )
  • 2 keping fish cake dipotong nipis
  • 1/2 biji lobak merah dibelah dua dan ptg menyerong
  • 2 tangkai sawi ( dipotong )
  • sedikit kobis ( dihiris halus )
  • 3 biji telur dipukul
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1500ml air
  • 1 sudu teh lada sulah

CARA-CARA :

  1. Tumis bawang putih sampai garing.masukan air sebanyak 1500ml.
  2. Masukan lobak merah,isi ayam,udang,sotong dan fish cake.biarkan sampai melegak.
  3. bila dah melegak masukkan sos tiram,lada sulah,tpg jagung dan telur.
  4. kacau perlahan-lahan supaya telur dan tpg tidak berketul-ketul.
  5. masukan sayur sawi,kobis,minyak bijan,garam dan gula secukup rasa.
  6. Letakkan kuey tiow atas pinggan dan curahkan kuahnya.

Kuey Tiow Kantonis.

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.