Kuey Tiow Kungfu

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kuey Tiow Kungfu
oleh : Chef Arm

BAHAN A

  • 400 gm kuey teow
  • 5 biji telur [ dipukul]

BAHAN B

  • 100 gm udang basah [buangkan kulit]
  • 150 gm ayam [dihiris]
  • 1 biji panjang fish cake [potong nipis]
  • 3 ulas bawang putih [dicincang]
  • 100 gm brokoli [dipotong]
  • 100 gm bunga kobis [dipotong]
  • 100 gm Lobak merah [potong kecil dan panjang]
  • 5 tangkai baby corn
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 s/b tepung jagung ]
  • 1 cawan air ] bancuhkan
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b lada sulah
  • garam
  • minyak

CARA-CARA:

  1. Panaskan minyak dan goreng kuey tiow yang telah digaul bersama telur dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan]hingga agak garing. Ketepikan.
  2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
  3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan lobak merah.
  4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
  5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
  6. Tuang kuah ke atas kuey tiow dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas

Kuey Tiow Kungfu

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.