Kuey Tow Ladna

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kuey Tiow Ladna
oleh : Chef Arm

BAHAN-BAHAN :

  • Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar.Kemudian di goreng tanpa minyak .
  • 15 ekor udang
  • Isi ayam
  • Daging
  • 4 ulas bawang putih – di tumbuk
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 kiub pati ayam
  • 5 biji cili api – ditumbuk
  • sedikit lada hitam / putih – di tumbuk
  • 1 biji Lobak Merah – dihiris
  • seikat sawi – dipotong
  • sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah
  • Bawang goreng dan daun sup untuk hiasan

CARA-CARA :

  1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau..Kemudian masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil.
  2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan… goreng seketika. Kemudian masukkan air.
  3. masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.
  4. masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.
  5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
  6. setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas
  7. taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis

ladna

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.