Resepi Kuih Biskut Pasir

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Beberapa hari nie Kuih Biskut Pasir mula mendapat perhatian dari follower buku resepi, Kuih Biskut Pasir merupakan antara kuih raya yang rare dan kuih raya yang mudah nak buat

Kuih Biskut Pasir boleh dikatakan antara salah satu menu wajib dihari raya mungkin kerana rasanya yang enak, teksturnya yang lembut dan mudah cair dalam mulut

Kuih Biskut Pasir agak unik sebab tidak menggunakan butter sebaliknya menggunakan shortening atau lemak sayur sebagai bahan utama di samping menggunakan tepung self raising

Acuan Biskut Pasir Terbaru

Acuan Kuih Biskut Pasir juga ada banyak jenis dan acuan biskut pasir agak unik, Acuan Biskut Pasir menggunakan kaedah tekan dan potong (Acuan boleh tengok gambar dibawah sekali)

Tekstur Doh Kuih Biskut Pasir ini tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras untuk jadikan rupa Kuih Biskut Pasir berkedut-kedut (seperti dalam gambar)

Contoh Kedutan pada tekstur Kuih Biskut Pasir

Jika Doh Kuih Biskut Pasir terlalu keras, bentuk Kuih Biskut Pasir akan merekah dan jika doh kuih Biskut pasir ini terlalu lembut teksturnya tidak akan berkedut

Nampak macam susahkan? Jangan Risau, sebenarnya mudah je nak buat kuih biskut pasir nie, korang ikut je resepi Kuih Biskut Pasir yang admin Buku Resepi dah kongsikan dibawah, Insya ALLAH akan menjadi. Kalau takde lagi acuan biskut pasir, korang boleh order dengan admin melalui wasap KLIK SINI

Bahan-bahan Biskut Pasir :

  • 250 gm buttercup atau marjerin/planta
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • Tepung gandum
  • Esen vanilla
  • Pewarna

Cara Membuat Biskut Pasir:

  1. Kacau buttercup bersama gula halus
  2. Masukan dua biji kuning telur dan esen vanilla
  3. Masukan tepung jagung dan Masukan tepung gandum sedikit demi sedikit ikut kelembutan adunan. (adunan tidak melekat ditangan)
  4. Bahagi adunan kepada dua atau tiga bahagian dan letakkan pewarna pilihan pada setiap bahagian.
  5. Kemudian kedua adunan disatukan dan dimasukkan kedalam acuan,tekan dan potong ikut kesesuaian.
  6. Bakar ikut suhu oven masing-masing

BERMINAT UTK DAPATKAN
ACUAN KUIH BISKUT PASIR SILA KLIK SINI

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply