Mee Bandung

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

MEE BANDUNG
oleh : Chef Arm

BAHAN-BAHAN:

  • 500g Mee kuning dicelur
  • 200g Tulang lembu/ayam direbus (untuk jadikan stok)
  • 100g Udang hidup/Sotong
  • 100g Sawi
  • 7 cawan Air
  • ½ cawan Sos tomato
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu besar Perencah pati ayam
  • Secukup Garam
  • Secukup Gula
  • Secukup Minyak untuk menumis

BAHAN UNTUK DIKISAR HALUS

  • ½ cawan Udang kering
  • 20 tangkai Cili kering
  • 10 ulas Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 3 sudu besar Kacang goreng, dikisar
  • 2 batang Serai, dititik
  • 1 biji Keledek, direbus dan dikisar

CARA-CARA MENYEDIAKAN :

  1. Panaskan minyak, tumis yang DIKISAR HALUS hingga wangi kecuali keledek.
  2. Masukkan air rebusan daging, udang dan biarkan mendidih.
  3. Tambahkan sos tomato, perencah pati ayam, garam dan gula serta keledek.
  4. Biarkan mendidih baru masukkan sawi dan telur.
  5. Hidangkan dengan mee kuning, hirisan cili merah, bawang goreng dan limau nipis.

bandung

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.