Mee Hokkien

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

MEE HOKKIEN
oleh : Chef Arm

BAHAN-BAHAN :

  • 2 sudu besar Minyak masak
  • 1 sudu besar Bawang putih cincang
  • 200g Kubis, dipotong 1 cm
  • 1 sudu besar Perencah pati Ayam
  • 3 cawan Air
  • 500g Mi Kuning
  • Sedikit Bawang goreng
  • 1 sudu teh Tepung jagung, digaul dengan 1 sudu besar air

Bahan-bahan A:

  • 100g Udang, dibersih dan dikupas kulit
  • 100g Sotong, dibersih dan dipotong gelang
  • 100g Filet ayam, dihiris
  • 1 keping Kek ikan, dihiris

Bahan-bahan B (perencah):

  • 1 sudu besar Kicap pekat
  • ½ sudu teh Serbuk Lada Putih.
  • 1 sudu teh Garam
  • Hidang bersama: Sambal belacan

Cara Menyediakan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan air dan perencah pati ayam biar mereneh.
  3. Tambah masuk kubis dan mi kuning. Kacau sebati & reneh selama beberapa minit.
  4. Masukkan bahan-bahan (A) bersama dengan bahan-bahan (B). Bubuh air tepung jagung.
  5. Hias dengan bawang goreng dan hidang panas dengan sambal belacan.

mi-hok

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.