Nasi Beriyani

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +
Nasi Beriyani

Oleh : Salami Simon

BAHAN-BAHAN :

  • 500 gram beras basmathi – (boleh gunakan 5 cawan sukatan cawan rice cooker)
  • 200 gram daging kambing dipotong kiub – (boleh  juga gunakan 700 gram daging ayam dipotong 10 )
  • 100 gram bawang besar – dihiris
  • 80 gram bawang putih – dihiris
  • 50 gram halia – dihiris
  • 10 gram daun pandan – disimpul
  • 20 gram daun bawang – dipotong
  • 20 gram daun pudina dipotong
  • 5 gram kulit kayu manis
  • 5 gram buah pelaga
  • 5 gram bunga lawang
  • 5 gram bunga cengkih
  • 20 gram cili merah – belah dua
  • 20 gram cili hijau – belah dua
  • 80 gram rempah beriyani
  • 200ml susu cair
  • 100ml minyak sapi
  • 50ml minyak jagung
  • 350ml air – (boleh gunakan 5 cawan sukatan cawan rice cooker)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 7 biji telur rebus
  • 200 gram ubi kentang – direbus dan dibelah 4 – ( boleh juga kalau tak rebus, sebaliknya masak sekali bersama daging ayam)
  • sedikit pewarna kuning

CARA-CARA :

  1. Dalam sebuah periuk, masukkan minyak dan tumis daun pandan sehingga naik bau.
  2. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, daun bawang, daun sup, daun ketumbar dan daun pudina. Kacau hingga wangi.
  3. Masukkan bahan yang dihiris, rempah beriyani dan masak hingga naik bau.
  4. Masukkan daging kambing / ayam, susu cair, garam, air dan gula secukupnya – Amie masukkan sekali ubi kentang.
  5. Gaul rata hingga daging / ayam lembut.
  6. Akhir sekali masukkan beras (dan ubi kentang yang direbus). Gaul dan masak hingga kering.
  7. Bila sudah masak, bolehlah dihidangkan dan dihias.

nasi-beriyani

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.