Nasi Mentega Cranberry

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Nasi Mentega Cranberry

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi (direndam selama 30 minit & ditoskan)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu sejat IDEAL
  • 1 kiub pati ayam Maggi (optional)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/3 cawan cranberry kering
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis:

  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang serai (di titik)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Bahan hiasan:

  • Daun bawang & daun sup (dihiris)
  • Bawang goreng secukupnya

CARA MENYEDIAKAN NASI MENTEGA CRANBERRY:

  1. Di dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumiskan sehingga berbau harum.
  2. Masukkan beras dan kacau mesra dan sebati. Masak selama 1-2 minit.
  3. Masukkan kiub pati ayam (dihancurkan) dan gaul rata dan sebati. Tutup api. Alihkan beras ke dalam periuk Rice Cooker, tuangkan air dan susu sejat. Kacau rata.
  4. Tambahkan garam secukup rasa dan tanaklah seperti biasa. Bila nasi hampir kering, taburkan cranberry kering dan biarkan nasi betul-betul masak.
  5. Gaulkan dengan chopstick. Biarkan sebentar.
  6. Tutup suis Rice Cooker untuk mengelakkan nasi berkerak

11193437_921664717886083_1689763933788602730_n

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.