One bowl brownies

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +
Resepi One bowl brownies

12046610_10153609999021250_8196602045823427206_nResepi ONE BOWL BROWNIES dikongsikan oleh Puan Afzan Mohd difacebook,  beliau adalah homebaker, buat jual, setakat ni receive feedback y sangat positif dari customer, beliau share bagi sesiapa yang berminat, semoga bermanfaat ya!

selepas beberapa kali beliau buat percubaan, inilah resepi yang paling beliau suka, struktur brownies yang not too cakey, not too fudgy, slightly goey in the middle, dan tak terlalu manis!

Caranya mudah, guna satu periuk je! Details ada di description gambar ye!

Boleh SHARE dan bagi sesiapa yang nak buat meniaga pun boleh, saya halalkan,
semoga bermanfaat pada semua!! insyaAllah.

Tempah CUSTOMIZED cakes DISINI: https://instagram.com/lilicups/

Bahan 1:

  • -100gram butter suhu bilik(boleh guna buttercup or real butter(csc dll)
  • -100gram gula biasa
  • -90 gram gula perang
  • – 2 biji telur

Bahan 2:

  • – 40gram dark chocolate button jenama beryls(atau apa2 jenama favorite anda, saya guna beryls sebab paling sedap n murah)
  • – secubit nescafe

Bahan 3:

  • – 100 gram tepung gandum
  • -40gram serbuk koko
  • -4gram garam
    (diayak dan digaul sebati dgn spatulai)

Bahan 4:

  • – 90 gram dark chocolate button jenama beryls

p/s: kalau boleh pastikan guna periuk yang berat/ berkualiti sikit, nnti panas dia lebih sekata.12034254_10153609499216250_3195823474613452873_o

CARA-CARA MEMBUATNYA :
11782352_10153609498231250_2289993779632761145_o
  • Campurkan butter, gula biasa dan gula perang(bahan 1) bersama dan panaskan di atas api perlahan sampai butter cair, kena selalu kacau jangan sampai gula ‘caramalize’ tau.
  • Bila sudah nampak mcam ada lapisan minyak, stop. Proses ini penting untuk buat kedut2 yang menggoda tu.
11221985_10153609498216250_8891765358324055237_o
  • Tukar pada whisk, dan kacau seketika sehingga suam sedikit, dalam 1 minit, kemudian, masukkan dua biji telur dan kacau sehingga telur sebati. Acuannya akan jadi sedikit likat, seperti gambar sebelah.
12038770_10153609498176250_2192143104018289196_o
  • Bila angkat whisk tu, adunan tu mcm lekat2, mcm dalam gambar.
  • Kacau sehingga telur dan gula+butter tadi sebati tau, adunannya masih suam ketika ni.
12010556_10153609498321250_8121117727537508830_o
  • Kemudian, ketika masih suam(penting ya buat ketika ia masih suam spy coklat cair) masukkan coklat button 40gram dan secubit nescafe(Bahan 2)
  • Kacau sehingga coklat cair dan sebati.
12000973_10153609498396250_5057653536427397066_o
  • Adunan dia akan jadi likat seperti dalam gambar.
  • Coklat ni penting juga untuk dapatkan kedut yang licin dan berkilat.
12032860_10153609498636250_6963673643110180365_o
  • Tukar kepada spatula semula, masukkan tepung yang dah dicampur bersama tadi.(bahan 3)
  • Ketika masuk tepung ni, akan naik bau coklat tu, sb acuan masih suam2.
  • Kacau secara kaup balik, sehingga licin.
12038969_10153609498591250_8378281840798427686_o
  • Strukturnya akan jadi begini tapi masih beketul2 sedikit sb gula tadi xcair sepenuhnya pun.
12004109_10153609498656250_3263973077153967408_n
  • Selepas siap masukkan tepung, tunggu sekejap dalam 5 minit, untuk kasi acuan tadi suam-suam kuku je, lepastu baru masukkan dark coklat button, 90 gram.
  • Kacau secara kaup balik, sekali dua je tau.
  • Kita tunggu dia sejuk dulu supaya coklat tu xcair, haa yangni lah yang membuatkan ada coklat cair kt tgh2 dia tu, yang buat org terliur tuh.
  • Lepas itu masukkan dalam bekas, kalau guna 7×7 dia tebal sket, mana2 pun ok. Tapi jangan lupa tau letak baking paper/parchment paper seperti dalam gambar, spya nanti senang nk kluarkan, kalu nk buat mkn2 aje, saya xletak pun kat tepi tu, ini utk jual, saya letak macamni supaya senang nak bawa kluar.
  • bolehlah letak apa2, kalau nk letak kacang, toastkan dulu tanpa myk atas dapo kejap.

12045439_10153609498761250_5330727265245124568_o

  • Bakar 160, 25min aje, jgn overbake nanti jadi biskut.
  • Tentang oven ni, uols kena faham ‘perangai’ oven masing2, yg pasti kna suhu dia rendah ye!
  • Biarkan sejuk dalam tray, lpas sejuk, baru kluarkan.

REMINDER!

  1. Kalau nak mkn sehari selepas, utk effect coklat cair tu, panaskan dalam microwave plg TOP 20 saat je. Kalau nak jual, sblum customer dtg pickup, panaskan dulu kejap, lepastu pesan kat diorg, kot diorg nak mkn lambat. Sebabtu brownies ni best mkn on the day baked.
  2. Kalau tak panaskan pun sedap juga, mcm ada coklat chunks kat dalam dia, tgh2 mkn tu tiba2 tergigit coklat,

12046610_10153609999021250_8196602045823427206_n

Siap!! Cenggini kat dalam dia,


Dapatkan 4 Buku Resepi Komersil dengan potongan 65% sementara stok masih ada
TERHAD kepada 50 17pembeli sahaja

Untitled-2

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.