Oreo Chocolate Tart

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Oreo Chocolate Tart
oleh:Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN BASE

  • 2 cawan biskut Oreo yg telah dikisar (tak perlu buang inti)
  • 80g buttercup – dicairkan

CARA-CARA MEMBUAT BASE

  1. Satukan biskut kisar & butter cair. Gaul rata kemudian dituang kedalam acuan tart 9 inci. Tekan hingga rata menutup base & keliling acuan.
  2. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 10 minit. Rak oven diparas bawah.

BAHAN-BAHAN FILLING

  • 1/2 cawan butter – dipotong dadu
  • 340g chocolate semi sweet – dicincang
  • 2 biji telur saiz besar – suhu bilik
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan dairy whipping cream
  • 1/2 sudu kecil garam

TOPPINGĀ : Oreo cincang (tambahan)

CARA-CARA MEMBUAT FILLING

  1. Panaskan whipping cream hingga mendidih kecil. Matikan api.
  2. Masuk kan butter & chocolate. Diamkan seminit tanpa dikacau.
  3. Masuk kan gula, garam & esen vanila. Gaul rata hingga chocolate & butter cair.
  4. Biarkan 5 minit sebelum masuk kan telur yg telah dipukul sedikit dengan garpu. Gaul hingga sebati. Jgn masuk kan telur ketika chocolate panas.
  5. Tuang adunan kedalam acuan yg base nya sudah dibakar tadi.
  6. Bakar didalam oven (masih rak bawah) selama 20 – 25 minit bergantung pada oven masing-masing.
  7. Setelah 15 minit dibakar, keluarkan tart & taburkan Oreo cincang dgn segera. Masuk kan semula tart kedalam oven.
  8. Apabila tart sudah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum dimasuk kan kedalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidangkan.
    ** Potong tart dgn menggunakan pisau yg telah dicelup kedalam air panas & dilap kering.
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.