Oreo Churros

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bukan gambar black n white yer kawan2.. Memang gitu rupa Oreo Churros yang dibuat oleh anakanda Syamila Izam.. Nak macam blackout gitu tp percayalah rasanya sangat sedappp.. Resipi asal suruh bt lubang kat tengah2 dan isi dgn aising dari biskut oreo.. Tapi akak cakap dengan Syamila kita sadur dgn gula aising ajer la dan hidangkan dengan choc ganache (lebihan cover kek td).. Gud job Syamila.. Next time bleh buat lg

12309574_1159883994039068_2500715365199645358_o

Oreo Churros

Dicuba dan ditulis semula resipinya oleh: Hayatun Syamila
Gambar oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan-bahan

  • 1 paket oreo
  • 2 cawan air
  • 4 sudu makan mentega
  • 1/3 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • minyak untuk goreng
  • gula + serbuk kayu manis

Kaedahnya :

  1. Asingkan biskut oreo dan krimnya ke dalam dua mangkuk yang berasingan. Kemudian,hancurkan biskut tersebut sehingga halus.
  2. Didihkan air,mentega dan gula bersama didalam satu periuk. Kemudian,alihkan periuk dari api dan masukkan tepung dan biskut oreo yang telah dihancurkan tadi. Gaul sehingga menjadi doh,kemudian pecahkan telur ke dalam adunan tadi dan gaulkan ia sehingga sebati.
  3. Masukkan doh dalam piping bag menggunakan nozel berbentuk star,paipkan doh tersebut di atas pinggan yang telah disapu minyak atau dulang. Paipkan sepanjang 4 inci. Letakkan di dalam freezer selama 30 minit (separuh dari adunan kami paipkan terus ke dalam minyak panas kerana ia lebih mudah).
  4. Gorengkan churros tadi ke dalam minyak yang panas sehingga masak (goreng lebih kurang 4 minit kemudian terbalikkan dan goreng lagi 4 minit) kemudian angkat. Toskan minyak dan kemudian golekkan di dalam campuran gula dan serbuk kayu manis (saya gantikan campuran tersebut dengan gula ising dan hisangkan dengan coklat ganache). Tebuk lubang ditengah churro dengan straw.
  5. Panaskan krim oreo yang disimpan tadi di dalam microwave sehingga cair. Kemudian masukkan krim itu dalam piping bag dan paipkan krim tersebut didalam lubang yang telah ditebuk tadi (saya tak buat yang ini)
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.