Breaking News

Paparkan Nama & Nombor Daftar Syarikat Di Fanpage, Jika Tidak Mahu Di Saman RM5,000

Perhatian kepada usahawan yang menjual dan berniaga menggunakan facebook!.

Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini kelihatan mula mengambil tindakan tegas apabila mula mengeluarkan surat amaran kepada mana-mana perniagaan yang gagal memaparkan nama dan nombor daftar syarikat mereka, sama ada di website mahupun fanpage perniagaan mereka.

Post terkini dari website ECommerceMilo.com , memaparkan satu surat amaran yang dikeluarkan oleh pihak SSM kepada salah satu perniagaan yang menggunakan fanpage untuk perniagaan mereka. Di dalam surat tersebut, dinyatakan kesalahan pemilik perniagaan tersebut yang tidak memaparkan nama dan nombor syarikat di fanpage. Disebabkan kesalahan, pemilik perniagaan boleh dikenakan penalti sebanyak RM5,000 ringgit.

Bagi anda yang berniaga menggunakan fanpage, nama dan nombor daftar syarikat anda itu  mungkin boleh diletakkan dibahagian “About Us” di fanpage anda.

ssm-notice-facebook-page

Menurut peraturan, bagi anda yang berniaga secara online, berikut adalah maklumat-maklumat yang wajib anda paparkan di halaman website perniagaan anda.

  1. Nama perniagaan (sama ada atas nama pemilik, perniagaan atau syarikat)
  2. Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, jika berkenaan
  3. Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat pembekal perniagaan dalam talian
  4. Penjelasan tentang ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan
  5. Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos pengangkutan, cukai dan lain-lain
  6. Kaedah pembayaran
  7. Terma-terma dan syarat-syarat jualan yang berkaitan
  8. Waktu anggaran penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli

Diharapkan, rakan-rakan usahawan online dapat mengambil perhatian serius kepada perkara ini dan selamat mengemaskini maklumat di website serta fanpage anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.