Praline Bars

2
1594

[highlight]RESEPI  PRALINE BARS[/highlight]
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT PRALINE BARS :

  • biskut butter brand Julie
  • 1 cawan buttercup (225g)
  • 1 cawan brown sugar
  • 1 cawan badam cincang – disangar
  • 1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT PRALINE BARS :

  1. Susun biskut diatas dulang pembakar yg telah dialas dengan kertas pembakar (greasseproof paper) – lihat gambar 1
  2. Cairkan butter & gula. Gunakan api kecil. Sentiasa dikacau supaya tak hangus.
  3. Biarkan mendidih selama 2 minit & matikan api.
  4. Masuk kan badam & esen vanila. Gaul rata.
  5. Tuang caramel keatas biskut & ratakan.
  6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 10 – 15 minit atau hingga kecoklatan.
  7. Biarkan sejuk sedikit sebelum dipotong atau dipecah-pecah kan.
  8. Biarkan sejuk sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

** Sukatan diatas boleh menghasilkan 3 dozen biskut.
** Badam boleh digantikan dengan pecan atau walnut.

Praline-Bars

[divider] [box type=”warning”] JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI [/box]

2 KOMEN-KOMEN

TINGGALKAN KOMEN