Puding Lychee Sumi

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Puding Lychee Sumi
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN :

  • jelly sumi perisa lychee – secukupnya & pastikan ia sejuk
  • 1 pekat serbuk agar-agar – (10g/11g)
  • 400ml air
  • 300ml syrup lychee dalam tin
  • 1/3 cawan gula halus
  • 1 tin buah lychee (berat antara 500g – 600g)
  • 200ml susu cair
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar air
  • pewarna

CARA-CARA :

  1. Susun sumi jelly lychee kedalam acuan (pastikan air jelly dibuang). Kemudian letak kan acuan kedalam peti sejuk.
  2. Blend susu cair & buah lychee sahaja hingga halus.
  3. Bancuh tepung jagung & air, pastikan tidak bergentel.
  4. Masak 400ml air, serbuk agar-agar, syrup lychee & gula hingga mendidih.
  5. Kecilkan api, tuang bahan yg telah diblend tadi. Kacau rata.
  6. Masuk kan bancuhan tepung jagung & kacau hingga pekat & mendidih kecil. Matikan api.
  7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut suka anda.
  8. Warnakan setiap bahagian ikut suka.
  9. Tuang bahagian pertama kedalam acuan, kemudian masuk kan kedalam freezer hingga puding mengeras sedikit sebelum tuang lapisan seterusnya.
  10. Ulang proses melapis hingga ke lapisan terakhir, letak kan saja puding kedalam peti sejuk.

** Lebih lama didihkan agar-agar, lebih keras texture puding yg terhasil.

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.