Puding Nenas Manis

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Puding Nenas Manis (Versi Acuan Biru)
Oleh: Suriea Noor

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan buah nenas kiub dlm tin (dikisar dgn 1/2 cawan air buah dlm tin)
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 20gm serbuk agar2
  • 200ml santan kotak
  • 1biji putih telur dikacau sedikit dgn garfu
  • 1200ml air masak
  • 1/3 sudu garam
  • Pewarna kuning dan hijau

CARA-CARA :

  1. Didihkan air bersama2 serbuk agar2, kacau hingga larut.
  2. Masukkan gula dan nenas, kacau hingga semua nenas sebati bersama agar2.
  3. Kemudian masukkan santan, putih telur dan garam. Gaul sebati.
  4. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian dan warnakan hijau dan kuning.
  5. Ambil 300ml warna kuning dan masukkan dlm acuan. Tunggu 5minit sebelum tuang lapisan seterusnya.
  6. Ulang proses melapis hingga habis bancuhan.
  7. Jika ingin gunakan satu warna pun boleh.
  8. Tunggu puding sejuk baru keluarkan dari acuan.

banner-promo


Puding-Nenas-Manis-02

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.