Puding Puteri Salju

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

PUDING PUTERI SALJU
oleh : Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

BAHAN-BAHAN :

  • 1 peket serbuk agar2.. Sy guna brand Swallow Globe
  • 3 1/2 cawan air untuk masak agar2
  • Sedikit esen vanilla
  • 2 biji telur – asingkan putih dan kuningnya
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • Buah2an dalam tin
  • 1 bungkus jeli segera perasa Strawberry – sy guna brand Nona
  • 1 1/2 cawan air untuk masak jeli

CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. Satukan 3 1/2 cawan air dengan serbuk agar-agar dan gula. Masak hingga mendidih dan sehingga gula dan agar2 larut. Kacau sekali sekala. Masukkan vanilla dan padamkan api. Asingkan 1 cawan adunan agar2 ini untuk buat lapisan putih telur.
  2. Campur lebihan adunan agar2 tadi dengan susu cair. Pukul kuning telur dengan garfu biar sebati dan perlahan2 masukkan adunan agar2 yang bercampur susu cair tadi sambil dikacau dengan cepat supaya telur tak bergentel. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih sambil dikacau setiap masa. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas. Tabur buah2an dalam tin ke dalam adunan tadi. Biar sehingga separuh beku baru tuangkan adunan jeli di atasnya.
  3. Sementara menunggu adunan pertama separuh beku, sediakan lapisan jeli. Masak air hingga mendidih dan masukkan jeli segera perisa strawberry. (Boleh juga kalau nak gunakan perisa lain). Kacau sehingga larut dan padamkan api. Bila lapisan pertama separuh beku, perlahan2 masukkan lapisan jeli. Jika suka lapisan jeli yg lebih tebal, gandakan resipi ini.
  4. Sementara menunggu lapisan jeli separuh beku, sediakan lapisan terakhir iaitu lapisan putih telur. Jika 1 cawan agar2 yang diasingkan tadi telah beku, panaskan sebentar biar cair semula. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan agar2 yang diasingkan tadi sedikit demi sedikit ke dalam putih telur sambil dipukul hingga sebati. Tuang lapisan ini di atas lapisan jeli dan jika suka hias atasnya dengan buah- buahan dalam tin.
  5. Sejukkan dalam petiais sebelum dihidangkan.

puding-puteri-salju2

[review position="bottom"]
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

2 Comments

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.