Puding Susu Buah

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Puding Susu Buah
Resepi Oleh : Noor Abdul Rahim
Gambar Oleh : Suriea Noor

BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket serbuk agar-agar (10g/11g)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 600ml air
  • 200ml susu cair
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • buah-buahan dalam tin secukupnya – ditapis airnya
  • 1 biji putih telur – dipukul hingga menjadi meringue
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar air
  • 1/4 sudu kecil garam

CARA-CARA :

  1. Masak air, serbuk agar-agar & gula hingga mendidih.
  2. Kecilkan api, masuk kan susu cair & susu pekat manis. Gaul rata.
  3. Campur tepung jagung bersama 1 sudu besar air, pastikan tidak bergentel.
  4. Setelah agar-agar mendidih kecil, masuk kan bancuhan tepung jagung & garam. Gaul rata hingga pekat sebelum matikan api.
  5. Bubuh buah-buahan kedalam acuan.
  6. Tuang sedikit cecair agar-agar. Masuk kan kedalam freezer 5 minit.
  7. Bahagi cecair agar-agar kepada 2 bahagian. Setiap bahagian dibubuh warna & setengah meringue. Gaul hingga sebati.
  8. Tuang campuran agar-agar pertama ke dalam acuan & masuk kan kedalam freezer 5 minit atau hingga mengeras.
  9. Tuang bahagian akhir kemudian biarkan sejuk dahulu sebelum dimasuk kan kedalam peti sejuk.

p/s: Dapatkan acuan dilink berikut : www.bukuresepi.com/acuan-biru sementara stok masih ada

puding-buah

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.