Puteri Ayu Cheese

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Puteri Ayu Cheese

Puteri Ayu Cheese

Resepi Puteri Ayu cheese ini dikongsikan oleh Suriani Osman, mungkin resepi Puteri Ayu Cheese ini memberikan anda idea untuk buat mulakan bisnes kuih puteri ayu yang lain dari yang ada dijual kerana kelebihan kuih puteri ayu kali ini ditambah cheese.

Bahan-bahan :

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil ovellete
  • Pewarna ikut suka
  • perisa ikut suka kalau nak letak ( x letak pun xpe)

Cara-cara :

  1. Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lagi.
  2. Masukkan tepung, susu cair ..pukul lagi hingga sebati,bahagikan kepada berapa bahagian(ikut suka)letak warna,kacau sebati
  3. Isikan cheese dalam acuan,kukus sebentar agak agak dalam 2-3 minit, selepas itu letak adunan dan kukus lebih kurang 10 minit atau sehingga masak dengan api yang sederhana.

Cara untuk membuat cheese

Bahan utk cheese

  • 250 cream cheese
  • 2 sudu besar gula castor
  • 25ml air
  • 1 sudu besar susu cair
  • 1 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan pukul(mixer) hingga sebati,,,,siap

**sapukan minyak pada acuan dulu **

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.