Resepi Brownies Kentang

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

[highlight]RESEPI BROWNIES KENTANG[/highlight]
Oleh : Ayi Alhamrah

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT BROWNIES KENTANG

  • 250 gr kentang (boleh juga brocoli, bit, dan lobak merah)
  • 140 gr dark cooking chocolate
  • 100 ml minyak goreng
  • 3 butir telur
  • 80 gr gula pasir
  • ½ sudu teh garam halus
  • 75 gr tepung beras campur
  • 50 gr coklat serbuk
  • 2 sudu makan susu tepung
  • ½ sudu teh vanilli serbuk

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT BROWNIES KENTANG

  1. Kukus kentang sampai empuk dan matang. Setelah agak sejuk, haluskan dengan mesin pengisar.
  2. Cairkan coklat sampai meleleh dan campur dengan minyak goreng. Sejukkan.
  3. Oles loyang dengan marjerin dan taburkan tepung. Panaskan kukusan dengan api kecil.
  4. Pukul telur, gula dan garam sehingga putih, mengembang, kental dan kaku. Dengan menggunakan mesin mixer.
  5. Masukkan tepung tepung beras, coklat serbuk, susu serbuk dan vanilli dengan cara diayak, dalam dua tahap.
  6. Setelah tepung masuk, aduk balik dengan spatulla sampai rata.
  7. Masukkan sayuran aduk rata. Menyusul larutan coklat dan minyak goreng, aduk lagi hingga rata.
  8. Tuangkan ke dalam loyang. Kukus dengan api sedang selama 30 minit.
  9. Jangan lupa alasi tudung dengan tuala supaya air tidak menitis ke bawah.
  10. Setelah matang, angkat kek dan biarkan hangat.Kemudian keluarkan dari loyang setelah agak sejuk, barulah potong-potong.

[divider][box type=”warning”] JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI [/box]

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Comments are closed.