Resepi Choco Krispies

56
27252

[highlight]RESEPI CHOCO KRISPIES[/highlight]
Oleh : Zaeem Ghufran

[dropcap]M[/dropcap]akanan ringan ini sangat popular buat masa sekarang, tahukah anda untuk menyediakan makanan ini tidaklah susah dan lebih kurang 10 minit sahaja. Ia dikenali dalam beberapa nama ‘Choco Kripies’ ‘Rice Krispies Choco’ ‘Buble Rice Choco’ dan beberapa nama lagi. Penyampaian Resepi Choco Krispies kali ini saya akan menulis dalam cara yang berbeza daripada resepi sebelum-sebelum ini.
[two_fifth]BAHAN-BAHAN :

  • Buble Rice
  • coklat compound

[/two_fifth] [three_fifth_last]CARA-CARANYA :

  • Cairkan coklat compound menggunakan teknik ‘Double Boiler’
  • Letakkan keatas Buble Rice
  • siap untuk dimakan.

[/three_fifth_last]

LANGKAH DEMI LANGKAH

1. Bahan Utama dalam menghasilkan choco krispies ini adalah Buble Rice. Untuk makluman anda, Buble Rice ini boleh dibeli dimana-mana kedai kek atau bakery yang menjual bahan-bahan untuk membuat kek atau kelengkapan membuat kuih. Harga yang saya dapat untuk 250 gram sekitar RM 3.50-RM 4.00. Buble Rice atau dikenali juga sebagai Rice Krispies ini tidak perlu dibakar kerana ia boleh dimakan terus.

buble-rice

2. Bahan kedua untuk menghasilkan choco krispies ini adalah coklat. Dalam pemilihan coklat ini ia bergantung kepada citarasa anda sendiri dan atas tujuan anda sendiri, jika anda ingin hasilkan choco krispies untuk makan sendiri anda boleh gunakan coklat cadbury atau mars bar. Tetapi jika anda buat choco krispies ini untuk menambah pendapatan atau pendek kata untuk berniaga, saya cadangkan anda untuk menggunakan coklat compound

coklat-compound

Untuk mencairkan coklat compound atau mars bar atau cadbury anda perlulah menggunakan teknik ‘Double Boiler‘ dan AWAS Jangan sampai air masuk kedalam bekas untuk memasak coklat kerana ia akan menyebabkan coklat rosak atau berkulat. Untuk pastikan coklat sentiasa Cair anda boleh menambahkan susu cair dan majerin atau butter kedalam coklat tersebut, tetapi ketahanan coklat tersebut tidak lama dan mudah rosak.

TIPS: Untuk menjadikan coklat lebih sedap anda boleh menggunakan campuran“1 portion dark chocolate + 1 portion milk chocolate + hujung sudu nescafe” 

3. Setelah Coklat Compound atau apa sahaja coklat yang anda gunakan cari anda boleh letakkan Buble Rice atau rice krispies ke dalam bekas atau botol, anda juga boleh menggunakan mangkuk jika hendak makan sendiri atau makan terus setelah disediakan.

choco-rice-krispies

CATATAN : Saya telah membuat beberapa experiment sendiri dalam menghasilkan resepi Choco Krispies ini dan beberapa kesimpulan dan penambahbaikan telah saya ketahui. Jika anda alahan atau mempunyai masalah darah tinggi atau migrain saya tidak galakkan anda menggunakan coklat cadbury kerana pure koko atau koko asli dalam coklat cadbury mungkin akan menyebabkan anda sakit kepala. Untuk menambahkan lagi keenakan choco krispies ini, anda boleh meletakkan lapisan biskut oreo yang dihancurkan.


IKUTI PERBINCANGAN DIBUKURESEPI

56 KOMEN-KOMEN

  1. Boleh saya tahu sukatan utk letak butter yg betul dlm coklat compound ?
    dn Kenapa tak boleh guna balang plastik?dan dekat mana nak cari balang kaca area klang.boleh admin tolng

  2. saya dah baca dr atas komen.saya nak tanya sebenarnya yg sesuai utk ditambahkan agar voklat sentiasa cair ialah butter cocoa atau pun susu cair sbnrnya?confuse dah saya bila dah sampai last

    Saya mmg meniaga jual ni.tp cust mmg complain coklat keras xleh mkn terus

  3. salam.. Sy cuba utk meniaga coklat bubble rice ni… Tpi yg kecewanya coklat cpt keras.. X sampai satu jam coklat dh keras.. Sy jualkannya kpd pelajar2 skolah dan dpt aduan yg dorang x dpt makan sbb coklatnya yg keras. Dh bermacam cara sy gunakan tpi tetap x mnjadi.. Mcm mana nk kekalkan coklat sentiasa cair dan bubble rice x lemau? Sy harap tuan dpt bntu masalah sy 🙂

  4. tuan, saya telah cuba membuat seperti step tuan berikan, namun coklat akn adi keras apabila di simpan lama. bila hendak mkn kena preheat dahulu. tuan ada petua tak bagaimana nak mentainkan coklat sentiasa melting . terima kasih tuan.

  5. salam…saya berminat buat income dengan bubble rice nie…semalam akak saye bawak balek memang sedap sgt…boleh x bagi resepi untuk bubble rice…tapi untuk dijual tau….sbb semalam akak saye bawak balek bubble rice yg keras memang sedap……please sbb saye nak try buat…then nk bagi kwn2 terimakaseh

  6. Slam.. Knap sy bt bila coklat dh cair coklatnya mmg akan turun kebawah kt bubble rice tu ker?? Knp tak lkt atas? Adakah perlu tunggu sejuk sdikit bru tuang?@ bubble rice tu perlu dipadatkan???

  7. as salam.. selain coklat compound bole guna cooking coklat x? seswai ke x yer? klau nk coklat tu kekal cair, bape anggaran nk ltak butter or susu, susu jenis ape nk campur?

    • wslm, Coklat masakan sebenarnya sejenis coklat compaun. Tetapi gred yang lebih rendah. Ia mengandungi lemak sayuran mengantikan mentega koko, gula, pepejal susu, serbuk koko dan lesitin. Untuk sukatan pula bergantung kepada berapa banyak coklat yang anda guna. Admin biasa masukkan satu sudu kecil kemudian lihat tahap kecairan nya, jika nak lagi cari baru tambah. AWAS, jika terlebih akan merosakkan coklat. Untuk membuat coklat dalam resepi choco krispies nie biasa coklat tersebut tidak menggunakan cocoa butter

  8. as salam..sy nak tny..sy cmpurkan choc dgn whiping cream.kwn2 la ajr..dia ckp sbb nk bg lemak n cair skit..tp lemau..knapa ye?sy siap tape kan botol2 tu..to lemau jgk..choc yg sy gunakn,berlyn,whiping cream anchor.sy nak buat bisnes,tp kalau lemau dah mcm mna org nk repeat.ada apa2 tips x?trma ksih

  9. Askum sis , saya nak tanya kenapa bila saya gunakan milk bar choclate and keesokannya coklat and bubble rice tk dapat digaul ? Coklat tu jadi keras . Saya perlu tambahkan apa apa tak untuk kekal kan kecairan coklat yang saya cmpurkan dengan bubble rice tu ? Atau saya kena gunakan compound choc ? Boleh bagi penerangan tak 🙂

    • wslm, dalam membuat choco krispies nie, memang coklat akan jadi keras. Jika cair buble rice akan jadi lemau. Biasa yang jual ada 2 jenis, yang coklat cair dan yang coklat keras. kebiasaan coklat yang digunakan adalah keras dan pelanggan yang beli akan rendam dalam air panas.

      sbb tue kebanyakkan menggunakan botol kaca untuk membuat choco krispies nie 🙂

  10. Sy dh try wat crispy bubbles rice nih…sy tmbah kuantiti (2 x) dark n milk compound sbb gune acuan (coklat bar)..tq BR

  11. Salam, ada alternatif lain tak selain guna rice krispies tu? sebab kt tempat saya takde jual benda tu, even kat tempat jual bakery goods. Ada tak yg jual rice krispies ni secara online?

    • wslm, cari kat kedai buble rice, kalau rice krispies memang susah nak dapat.. tak tau kenapa. Kat sini pun susah nak cari rice krispies melainkan buble rice

  12. salam, boleh bg penerangan, coklat masakan boleh ke campur lan dgn cream kek?? mcm buat coklat ganache. untk bisnes pulak, mmg kite kene bg tau customer sebelum mkn kene rendam air panas?

  13. saya nak minta pendapat, biasanya saya tgk ramai yang jual menggunakan botol kaca. adakah penggunaan botol kaca lebih praktikal berbanding penggunaan balang? seperti yang diketahui kos botol kaca lebih tinggi berbanding balang.

  14. Sy mmg berminat cuba resepi ni, sbg mkn sndri disamping menambah sumber income. Tapi mmg coklat akn jd keras. Tp akn cuba advice customer utk rendam balang dgn air pns sebelum mkn. Tq for the usefull resepi.

  15. saya berminat untuk membuat sendiri buble choclate ni untuk tujuan perniagaan.Bila menggunakan coklat compaun,coklat menjadi keras.buble tidak dapat digaul dengan coklat bila coklat sejuk.

    Ada orang kata,coklat compaun takkan cair jika dicampur bahan lain sekalipun,ianya membuatkan saya jadi keliru.saya akan mencuba mencampurkannya dengan susu cair atau butter.harap ianya berhasil.

TINGGALKAN KOMEN