Resepi Donat Gebu Mak Long Jun

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +
Respi Donat Gebu Mak Long Jun

Oleh Mirmoloves Azuera

BAHAN-BAHANYA :

(untuk hidangan 20 – 25 biji )
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur

CARA-CARANYA :

  • Cairkan mentega dan ketepikan.
  • Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut.
  • Masukkan yis, kacau lagi dan biarkan selama 10 minit.
  • Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  • Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
  • Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu.
  • Biar adunan lagi selama 45 minit.
  • Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik).
  • Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
  • Sediakan minyak untuk menggoreng.
  • Gunakan api sederhana.
  • Alih selalu supaya dapat warna yang sekata.
  • Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.
  • Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.