Resepi HomeMade Snickers Bars

0
4291

[highlight]RESEPI HOMEMADE SNICKERS BARS[/highlight]
Resepi asal bestyummyrecipes

BAHAN-BAHAN UNTUK HOMEMADE SNICKERS BAR

  • 24 oz (680 gram) coklat untuk salutan
  • 2 oz (56 gram) mentega
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 7 oz (198 Gram) krim Marshmallow (Marshmallow halus)
  • 14 oz (396 gram ) gula-gula karamel
  • 1/3 cawan mentega kacang (peanut butter)
  • 14 oz (396 gram )kacang
  • 10 oz (283 gram) coklat (coklat bahagian atas)
  • 1 sudu besar air
  • 4 sudu lebih air

CARA-CARA UNTUK HOMEMADE SNICKERS BAR

  1. sediakan loyang bersaiz 9 x 13 inci. ditutp dengan aluminium foil
  2. larutkan 10 oz (283 gram) coklat (coklat bahagian atas) dalam air dan tuangkan kedalam loyang atau acuan kemudian ratakan dalam loyang atau acuan tersebut.
  3. Kemudian dimasukkan ke dalam peti sejuk selama beberapa minit
  4. Kemudian cairkan marshmallow dengan satu sudu air
  5. Apabila Marshmallow cair tambahkan mentega.
  6. biarkan sebentar supaya mentega cair dan tuangkan susu pekat.
  7. Masak campuran sehingga pes tebal tanpa ketulan dan kacau selama 4 minit.
  8. selepas itu biarkan ia sejuk baru masukkan mentega kacang (peanut butter)
  9. Tuangkan campuran di atas coklat dan diletakkan semula di dalam peti sejuk.
  10. Panaskan 14 oz (396 gram ) gula-gula karamel dalam ketuhar gelombang mikro atau buat teknik ‘DOUBLE BOILER’ dengan beberapa sudu besar air (kira-kira 4 sudu besar air).
  11. Kemudian tambah kacang tanah dan gaulkan
  12. Tuangkan campuran tadi atas lapisan Marshmallow tadi dan ratakan
  13. sejukkan beberapa minit kemudian potong segi empat tepat
  14. celupkan dalam coklat cair dan keringkan atas jaring

TADAA!!! dah siap untuk dimakan..
ia boleh di simpan dalam bekas tertutup lebih dari seminggu.

 CATATAN : Resepi Snickers Bars paling ramai yang akan cuba sebab lebih jimat walaupun kebanyakkannya bahan yang digunakan agak mahal tetapi berbaloi kerana ia dibuat dalam kuantiti yang banyak. Ilham dari bestyummyrecipes memang sangat menarik

[divider] [box type=”warning”] JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI [/box]

TINGGALKAN KOMEN