RESEPI KEK BUAH CAMPURAN

Kita cuba Resepi Kek Buah Campuran Mudah Dan Ringkas Ramai yang selalu bertanya kami , macam mana nak buat kek ini , jadi, kami sediakan khas untuk anda Resepi Kek Buah Campuran yang sedap ni. Jom lihat bahan – bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 100g gula perang
  • 4 biji telur
  • 225g tepung serbaguna
    (akak guna tepung naik sendiri jd akak tidak guna lagi serbuk penaik)
  • 2 sudu kecil susu tepung
  • 1/4 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 sudu kecil madu
  • 230g buahan campuran
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
    (jika suka, jika tidak suka bau nya tak payah letak)

Cara membuat:

  1. Panaskan oven pd suhu 160 C. (ikut kesesuaian oven masing-masing) – oven akak hanya 150C
  2. Pukul mentega dengan gula perang sehingga kembang/putih
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan madu dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
  5. Sementara itu ayak tepung serbaguna dengan serbuk penaik, serbuk kayu manis dan susu tepung.
  6. Ambil 2 sudu besar tepung yg diayak tadi dan gaulkan dengan buahan campuran untuk mengelakkan buah dari mendap ke dasar kek.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sekata.
  8. Kemudian masukkan buahan kering, gaul rata.
  9. Masukkan adunan ke dlm loyang bersaiz 8 inci.
  10. Bakar dalam ketuhar selama 35-45 minit atau sehingga masak.
  11. Jangan terlebih bakar nanti kek akan menjadi kering.
  12. Selepas 35 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar licin maksudnya kek dah masak bolehlah diangkat

Layari http://bit.ly/flowernozzle untuk info lanjut dan promosi

KONGSI
Resepi SebelumBiskut Swiss Tart
BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

TINGGALKAN KOMEN