Resepi Kek Coklat Lava

Bila sebut kek coklat semua orang tahu, Sekarang ni macam-macam versi kek coklat yang letah diubah suai nama dan rasanya. Ada kek coklat lapis cheese, ada kek coklat cheese leleh, ada kek coklat karamel, ada yang kek coklat cheese berhantu. Macam-macam kan?

Baru-baru ni ada satu lagi versi kek coklat yang agak lain daripada yang lain. Kek coklat Lava.

Sebenarnya, kek coklat lava memang terkenal untuk menu pencuci mulut di negara Barat, tapi teknik dan caranya lain dan berbeza. Kek
dibakar dengan suhu tertentu dalam masa yang singkat. Lenih kurang 5 minit ke 8 minit sahaja.

Tapi resepi yang saya ingin kongsikan ini, kek coklat lava versi Malaysia. Semua orang pun boleh buat. Ramai dah yang tunjuk ajar termasuk resepi kek coklat lava berhantu, tambah cheese lawa dan sebagainya.

So jom kita tengok resepi mudah kek coklat lava sukatan cawan, mesti mudah nak buat tak perlu timbang bagai kan.

Bahan-bahan kek :

  • ½ cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur gred A
  • ½ cawan susu penuh lemak
    ½ cawan minyak masak
  • ½ cawan susu pekat manis
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara buat kek coklat lava :

  1. Anda perlukan pengisar yang bersih dan kering. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam pengisar.
  2. Kemudian, kisarkan adunan hingga lumat dan sebati. Untuk mendapatkan tekstur adunan yang lebih halus, tapiskan adunan sekali lagi.
  3. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam acunan. Acuan adalah sangat penting.
  4. Cari acuan yang berlubang di tengah untuk memberikan kesan lava nanti.
    (DAPATKAN ACUAN BOLEH KLIK SINI)
  5. Setelah itu, panaskan periuk kukus dan tunggu hingga air mendidih. Apabila air sudah mendidih, masukkan adunan kita dan kukus selama 10 minit hingga 15 minit jika acuan kta kecil.
  6. Jika menggunakan acuan besar, kukus selama 30 minit. Setelah masak sejukkan kek dan keluarkan daripada acuan.

Topping Lava

Untuk topping nie , ada bermacam-macam jenis boleh dibuat tapi untuk resepi nie saya share topping berikut :

Bahan-bahan topping lava :

  • 1 cawan susu pekat manis
  • ½ cawan serbuk koko
  • ½ cawan minyak masak
  • Susu penuh lemak (kuantiti mengikut citarasa; topping cair atau pekat)

Cara-caranya :

  1. Panaskan periuk kecil di atas api yang sederhana kecil. Kemudian masukkan kesemua bahan di atas.
  2. Susu penuh lemak dituang mengikut citarasa anda. Jika anda mahukan topping yang sedikt cari, lebihkan susu. Jika anda mahukan topping yang pekat, kurangkan susu. Masak dan kacau topping hingga larut dan pekat.
  3. Kemudian sejukkan dan bolehlah curahkan ke dalam lubang kek hingga melimpah. Hiaskan kek dengan serbuk koko.
  4. Kek ini sangat mudah untuk dihasilkan. Bahan-bahan yang mudah didapati dan cara pembuatannya yang ringkas.

Anda semua kalau teringin nak makan kek coklat lava bolehlah cuba resepi ni ya. Semoga bermanfaat semua.

TINGGALKAN KOMEN