Resepi Krim Puff

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

RESEPI KRIM PUFF
Oleh : Nur Jannah

BAHAN-BAHAN MEMBUAT KRIM PUFF ( Resepi untuk 28 biji cream puff )

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur
  • Bahan-bahan untuk inti jagung
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula

CARA-CARA MEMBUAT KRIM PUFF :

Untuk Puff

  • Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
  • Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan
  • Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  • Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.
  • Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
  • Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Untuk Inti Puff

  • Kacau tepung kastad dan air.
  • Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.
  • Kacau hingga naik wap
  • Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.
  • Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

EBOOK KRIM PUFF 1001 INTI

EBOOK VERSI DOWNLOAD INI AKAN DILANCARKAN SETELAH SIAP DIEDIT DAN KHAS UNTUK 100 PEMBELI PERTAMA AKAN DAPAT HARGA PROMOSI YANG TIDAK MASUK AKAL!!

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.